Fakta Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian:
Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
Sebelum menulis, pastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
Isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan.
Cara penyampaiannya juga mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami.
Karangan anda mestilah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup.
Perenggan pendahuluan, mestilah mengandungi difinisi atau penerangan tentang tajuk yang diberi.
Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat (4) isi penting. Isi mestilah tepat dan bukan rekaan penulis semata-mata. Untuk memperkuatkan isi, maka perlu disertakan dengan huraian serta contoh.
Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis.