Ahad, 28 Ogos 2016

PERBINCANGAN/PERBAHASAN

Perbincangan/Perbahasan

Tip menulis karangan:

  • Untuk karangan jenis ini, anda dikehendaki membincangkan sesuatu tajuk atau menyatakan pendapat anda tentang sesuatu tajuk yang diberikan.
  • Anda juga dikehendaki memberikan hujah satu pihak sahaja, iaitu sama ada menyokong dan membangkang.
  • Jika anda diminta menyokong, anda mestilah memberikan fakta-fakta yang berkaitan dengannya. Begitulah juga sebaliknya.
  • Untuk menulis karangan jenis ini, anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai tajuk yang diberikan.
  • Anda harus memastikan bahawa setiap hujah yang disampaikan itu betul, tepat dan logik.




    FAKTA


    Fakta

    Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian:

    •  Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
    •  Sebelum menulis, pastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
    • Isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan.
    • Cara penyampaiannya juga mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami.
    • Karangan anda mestilah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup.
    • Perenggan pendahuluan, mestilah mengandungi difinisi atau penerangan tentang tajuk yang diberi.
    • Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat (4) isi penting. Isi mestilah tepat dan bukan rekaan penulis semata-mata. Untuk memperkuatkan isi, maka perlu disertakan dengan huraian serta contoh.
    • Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis.