Perbincangan/Perbahasan
Tip menulis karangan:
- Untuk karangan jenis ini, anda dikehendaki membincangkan sesuatu tajuk atau menyatakan pendapat anda tentang sesuatu tajuk yang diberikan.
- Anda juga dikehendaki memberikan hujah satu pihak sahaja, iaitu sama ada menyokong dan membangkang.
- Jika anda diminta menyokong, anda mestilah memberikan fakta-fakta yang berkaitan dengannya. Begitulah juga sebaliknya.
- Untuk menulis karangan jenis ini, anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai tajuk yang diberikan.
- Anda harus memastikan bahawa setiap hujah yang disampaikan itu betul, tepat dan logik.
Fakta
Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian:
- Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
- Sebelum menulis, pastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
- Isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan.
- Cara penyampaiannya juga mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami.
- Karangan anda mestilah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup.
- Perenggan pendahuluan, mestilah mengandungi difinisi atau penerangan tentang tajuk yang diberi.
- Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat (4) isi penting. Isi mestilah tepat dan bukan rekaan penulis semata-mata. Untuk memperkuatkan isi, maka perlu disertakan dengan huraian serta contoh.
- Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis.